keutamaan kami

keutamaan kami
menjadi kewajipan kepada kami, untuk menyediakan yang terbaik bagi penginapan anda...

jejak kami di google map

Rabu, 14 November 2012

Kami kni Berwajah Baru... kami akan membuka sebuah lagi homestay Rumah D pada pertengahan bulan Desember, di atas permintaan ramai, terima kasih kerana mengunjungi blog kami, sekian..

Ahad, 14 Oktober 2012

JOM datang ke Terengganu

Pelbagai destinasi menarik di Terengganu....
Lokasi seperti Taman Tamadun Islam (TTI), Taman Shah Bandar, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Batu Burok menjadi pilihan pengunjung untuk bersiar-siar, berkelah dan menemani anak-anak di taman permainan.

Tinjauan Teganukita di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu mendapati aktiviti menunggang kuda padi, menaiki kereta kuda dan menunggang `ATV motorbike’ sering menjadi pilihan utama.


mencari tempat-tempat yang menarik di terengganu.. layari blog ini/...



TERENGGANU DARUL IMAN

Terengganu is a sultanate and constitutive state of federal Malaysia. Darul Iman . The coastal city of Kuala Terengganu, which stands at the mouth of the broad Terengganu River is both the state and royal capital as well as the largest city in Terengganu.
One theory attributes the name's origin to terang ganu, Malay for 'bright rainbow'.Another story, said to have been originally narrated by the ninth Sultan of Terengganu, Baginda Omar, while hunting spotted a big animal fang lying on the ground. Not knowing which animal, simply answered taring anutaring anu, which later evolved into Terengganu.

Isnin, 30 Julai 2012

salam hormat dan terima kasih kerana mengunjungi blog kami...

kami sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan tuan -puan, en dan cik ke halaman blog kami, kami juga ingin memhon ampun maaf diatas kesulitan selama ini, kami musafir homestay ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi ummat islam di seluruh negara, dan selamat menunaikan ibadah puasa yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain.. wassalam..

Sabtu, 5 November 2011

MASJID KRISTAL ,TAMAN TAMADUN ISLAM,PULAU WAN MAN,KUALA TERENGGANU,MALAYSIA

JOm Ke negeri Terengganu,, hayati keindahan islam, contoh masjid-masjid seluruh dunia yang mashur ada disini,, 2011-2012 tahun melawat negeri terengganu,,



Selasa, 25 Oktober 2011

Tempahan BBQ

kami hanya mementingkan kepuasan anda,,

tempahan untuk BBQ kami sediakan, bagi seekor ayam potong 8 hanya rm8 satu kepala, termasuk kelengkapan untuk berBBQ.

terima kasih kerana melayari blog kami, semoga anda berjumpa dengan apa yang diiginkan hanya disini..

Ahad, 23 Oktober 2011

Kunjungan Istimewa...


kami menerima kunjungan istimewa dari artis-artis malaysia, yang mahukan penginapan terbaik, selesa dan memuaskan,, kunjungan kruew dalam rancangan majalah bertajuk woww, dari kiri gambar, mekup artis - suhaimi, artis/host - syafiq shamim atau lebih dikenali dengan nama syaff shamim, executive producer - zshima hanafiah, film director - ahmad ibrahim, director of photographer - yus, propman - amirul. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm

http://anizyn.blogspot.com/2011/04/sinopsis-mata-ayer-slot-legendatv3.html antara lakonan beliau,,

terima kasih buat anda semua, kedatangan anda amat kami hargai,,  jemput datang lagi,,

Ahad, 20 Mac 2011

jOm Melancong ke negeri terengganu darul iman,,


Pantai Timur Semenanjung merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang. la selalunya dirujuk sebagai nadi budaya Melayu di mana tradisi dipulihara di tengah-tengah gaya hidup desa. Pelawat pasti akan menyedari betapa berbezanya keadaan di sini dengan pantai barat – yang tidak begitu ramai penduduk, penempatan yang lebih kecil dan gaya hidup yang lebih tenang, santai dan yang lebih berasaskan hasil tanah.

Tontoni salah satu daripada permainan kegemaran di waktu lapang seperti permainan gasing dan wau dan saksikan juga bagaimana tukang mahir bekerja di industri kotej. Jangan abaikan kunjungan untuk meninjau kesibukan pasar di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.


Terdapat pantai yang terbentang serta kedamaian kampung nelayan di sepanjang pantai timur. Kepulauan luar pesisir menjadi tarikanutama dengan chalet yang ringkas dan pusat peranginan bertaraf tinggi. Di sekitar Kuantan terdapat beberapa pusat peranginan, di Cherating penginapan kebanyakannya dalam bentuk chalet gaya-desa. Mengindahkan lagi suasana ialah penyu yang bertelur di sepanjang sesetangah pantai yang berpasir.


Artikel ini saya akan membongkar lagi destinasi tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila menjejakkan kaki di negeri Terengganu. Lokasi tempat menarik di Terengganu ini telah saya perolehi dari sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan atau percutian yang menarik yang boleh anda lawati banyak terdapat di Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut . Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah pasti menjadikan percutian anda sesuatu yang bermakna.


Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.



Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Terengganu ini. Belum lagi tempat makan yang menarik. Nak diceritakan ke semuannya di sini memang tak habis. Artikel akan datang saya akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Terengganu, di harap bolehlah berkongsikan pengalaman percutian anda di s ini..

tempat-tempat menarik di negeri terengganu darul iman,,

Sabtu, 19 Mac 2011

maklumat terkini...

Sesiapa yg ingin perkhidmatan sewa kereta sila buat tempahan
 awal dari tarikh yg di inginkan..

myvi RM130/hari, viva RM90 / hari - automatik


Senarai tempahan yang telah diterima

  • kami membuka satu buah rumah C, kipas 3 bilik, 2 bilik air, lengkap peralatan rumah dapur dan washing, penginapan sehari RM140.00 satu hari satu malam

Pengikut