keutamaan kami

keutamaan kami
menjadi kewajipan kepada kami, untuk menyediakan yang terbaik bagi penginapan anda...

jejak kami di google map (rumah kami sebelah rumah bayu homestay)

pengumuman untuk tahun 2015

  • salam sejahtera, kami mengucapkan terima kasih kepada tetamu musafir homestay, yang selama ini berkunjung, dan telah menjadikan penginapan kami sebagai penginapan utama di terengganu, alhamdulillah,, terima kaseh diatas sokongan anda semua, jika ada sebarang penambaikan, sila inform kpd kami, kami akan perbaiki apa jua kekurangan, kerana kami mahukan memberikan anda penginapan terbaek dan selesa.

Ahad, 20 Mac 2011

jOm Melancong ke negeri terengganu darul iman,,


Pantai Timur Semenanjung merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang. la selalunya dirujuk sebagai nadi budaya Melayu di mana tradisi dipulihara di tengah-tengah gaya hidup desa. Pelawat pasti akan menyedari betapa berbezanya keadaan di sini dengan pantai barat – yang tidak begitu ramai penduduk, penempatan yang lebih kecil dan gaya hidup yang lebih tenang, santai dan yang lebih berasaskan hasil tanah.

Tontoni salah satu daripada permainan kegemaran di waktu lapang seperti permainan gasing dan wau dan saksikan juga bagaimana tukang mahir bekerja di industri kotej. Jangan abaikan kunjungan untuk meninjau kesibukan pasar di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.


Terdapat pantai yang terbentang serta kedamaian kampung nelayan di sepanjang pantai timur. Kepulauan luar pesisir menjadi tarikanutama dengan chalet yang ringkas dan pusat peranginan bertaraf tinggi. Di sekitar Kuantan terdapat beberapa pusat peranginan, di Cherating penginapan kebanyakannya dalam bentuk chalet gaya-desa. Mengindahkan lagi suasana ialah penyu yang bertelur di sepanjang sesetangah pantai yang berpasir.


Artikel ini saya akan membongkar lagi destinasi tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila menjejakkan kaki di negeri Terengganu. Lokasi tempat menarik di Terengganu ini telah saya perolehi dari sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan atau percutian yang menarik yang boleh anda lawati banyak terdapat di Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut . Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah pasti menjadikan percutian anda sesuatu yang bermakna.


Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.



Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Terengganu ini. Belum lagi tempat makan yang menarik. Nak diceritakan ke semuannya di sini memang tak habis. Artikel akan datang saya akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Terengganu, di harap bolehlah berkongsikan pengalaman percutian anda di s ini..

tempat-tempat menarik di negeri terengganu darul iman,,

Sabtu, 19 Mac 2011

maklumat terkini...

Sesiapa yg ingin perkhidmatan sewa kereta sila buat tempahan
 awal dari tarikh yg di inginkan..

myvi RM130/hari, viva RM90 / hari - automatik


Jom Bercuti di terengganu,,


Where Legacies are Made of Art and Heart

Be awe-inspired by Terengganu's colourful heritage that is embedded with historical wealth, expert craftmanship as well as architectural splendour, as reflected in its historical sites, mosques, palaces, cultural villages and traditional houses. An east coast state of Peninsular Malaysia, Terengganu's rich heritage has evolved through thousands of years of neighbouring culture influences


(Dimana Warisan adalah Terbuat dari Seni dan Hati


Jadi kagum-terinspirasi oleh warisan warna-warni Terengganu yang tertanam dengankekayaan sejarah, pakar pembuatan, serta keindahan senibina, sebagaimanatercermin di laman sejarah, masjid, istana, desa budaya dan rumah-rumah tradisional.Keadaan pantai timur Semenanjung Malaysia, warisan yang kaya Terengganu telahberkembang melalui ribuan tahun tetangga pengaruh budaya)

menarik di terengganu


Upcoming Event

Kenyir Lake International Triathlon 2011

Date : 1 - 4 April 2011
Venue : Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu
Organiser: Kerajaan Negeri Terengganu

Kapas - Marang International Swimathon 2011

Date :23 – 24 April 2011
Venue : Pulau Kapas & Pantai Kelulut, Marang
Organiser: Kerajaan Negeri  Terengganu


antara aktivity terdekat di terengganu...

Selasa, 15 Mac 2011

Homestay, Murah dan selesa,,


Murah & Selesa

Peralatan Lengkap Isi rumah
Tempat BBQ disediakan

Lokasi :
- Hadapan Pasaraya Hock Kee Sheng Gong Badak,
- 2KM dari airport Kuala Terengganu
- 8KM Pusat Bandar
- 500mter Ke Unieversiti teknogi malaysia (UMT)
- 500mter ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZA)
- 9KM ke Taman Tamadun ISLAM (Pulau Wan Man)
- 2KM ke Maktab Perguruan Batu Rakit
- Restoran-restoran berdekatan
- 500mter Bank (bank islam, Bank CIMB, Bank Rakyat, Bank BSN)

Harga Berpatutan, Dijamin Murah dan Selesa...

Hubungi Kami : 013-9932452 / 019-9494207
Terletak Berhampiran Pasaraya besar Hock Kee Seng Gong Badak,
Kawasan Selamat di diami,

Selamat Bercuti.. Segalanya Ada Disini..

Pengikut